Seorang lelaki yang mempunyai kuasa dan baik tidak pernah bercinta malah sering mengurungkan dirinya di dalam penjara biliknya. Dari tingkap, dia terlihat seorang perempuan yang sangat cantik dan lembut dilihat mata. Dia memanggil perempuan itu. Oleh kerana lelaki itu punya rumah yang besar dan berkuasa, perempuan itu sudi berdepan dengannya. Lelaki itu mengatakan "Aku tidak dapat memberikan kamu wang dan kuasa ku pada mu. Aku cuma boleh berikan ini. Lalu, sudikah kau menjadi isteriku?". Lelaki memberikan sebuah kotak usang kepada perempuan itu. Perempuan itu terkejut dan berkata "Apa yang aku inginkan adalah duit dan kuasa. Duit menyenangkan aku. Dan dengan kuasa, aku boleh lakukan apa sahaja. Tanpa itu dapat kau berikan pada aku," Terus perempuan itu keluar. Tanpa dia lihat isi di dalam kotak itu. Lelaki itu bersedih kembali. Selama-lamanya. Tanpa terbuka lagi tingkap di biliknya. Apabila pekerjanya bertanya apakah isi di dalam kotak itu, lelaki itu berikan kepadanya. Dia berkata "Di dalam kotak itu adalah alam semesta. Bentuk dan warnanya seperti bunga yang baru mekar. Itu ada ciptaanku dan kecantikannya adalah kuasa segalanya. Jika kau rasakan kuasanya terlalu besar dan kuat untuk kau, campakkanlah alam semesta itu ke langit. Nescaya ia akan terapung dan menjadi kuasa ciptaan terbaik serta terakhir dariku!" Sejurus itu, lelaki itu mati.
The conclusion is,dont judge anything by its cover...
BalasPadam