Isnin, 14 Februari 2011

Tahniah kepada Chiu dengan Filem "Great Day"nya!

Tahniah. Itu saja yang boleh aku katakan. Aku bukan seperti mamat dalam TontonFilem Blog tu. Aku sekadar penonton yang memilih (fussy) dalam sesebuah perkara. Dan ternyata filem ini amat membanggakan aku yang hidup di negara kesayangan Malaysia. Filem ini tidak ada unsur negatif di dalamnya. Jika ada pun, ianya akan dipatahkan dengan lawak jenaka dan secara berseloroh. Bagi aku, kalian memang patut menonton filem ini. Ianya menyegarkan. Bukan seperti cerita Melayu mengenai orang tua yang biasa dalam drama di TV kita. Cerita pun berbahasa Cina dan berbangsa Cina. Jadi, mungkin saja budayanya lain. Tetapi filem ini mengenai Malaysia. Dunia kasih sayang keluarga di Malaysia. Cerita yang sungguh mudah tetapi sangat berkesan dalam menilai laku kita sebagai manusia.

Tak perlulah aku bercerita terlalu dalam mengenai filem ini. Aku mementingkan cerita, bukan teknikal dan lakonannya sangat - tapi aku sangat sukakan pelakon utama (orang tua yang merantau ke KL) dan cucunya (seringkali dapat dilihat menyanyikan lagu-lagu Malayu/Malaysia dalam persembahan kebangsaan/kerajaan). Visualnya cukup indah, cantik dan bermakna. Syot di KL juga berlainan dengan syot-syot yang ditangkap dalam filem mahupun drama yang sedia ada.

Secara keseluruhannya, filem ini wajib tonton bagi penggemar filem tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menonton dan menyokong filem ini? Warga Singapura? Mereka sudah ada "Homecoming". Tak perlu "Great Day".

p/s : akan tonton "Homecoming"


3 ulasan:

  1. seperti mamat tontonfilem ituh, huh? watdya mean bro? anw, aku pun belum tonton filem ni dan rasa macam berdosa bila kau kata citernya bagus cam ni, tulah, aku gi baca lagi rebiu TMBF, siot!

    BalasPadam
  2. http://tontonfilem.blogspot.com/ - selalu sangat mendalam kajiannya mengenai sesbuah filem.

    TMBF?

    BalasPadam
  3. terima kasih banyak :> ~chiu (director of Great DAY)

    BalasPadam