Seringkali kita dengar dari para lelaki bahawa ketaksuban mereka
melihat perempuan menjadikan mereka seorang lelaki sejati. Di depan rakan,
keluarga mahupun teman wanita mereka. Sangkaan mereka, jika mereka tidak
melihat perempuan, maka mereka akan melihat lelaki. Lelaki yang melihat lelaki?
Ew... Gay.
Tanggapan mereka.
Jika mereka tiada
perempuan yang seksi mahupun berbadan mantap, adakah para lelaki ini akan memandang
360 darjah keliling leher menatap keayuan seorang perempuan muslimah menutup
litup tubuh mereka? Ya. Mereka tetap akan memandang jika perempuan itu cun
melecun, cantik, berkulit mulus. Kerana mereka lelaki.
Tidak bolehkah
sekiranya seorang lelaki itu, dengan tidak palsu menyajikan penghormatan kepada
perempuan di sekelilingnya (terutama keluarga – yang disayangi)? Inilah
pengorbanan seorang lelaki terhadap jiwanya untuk menyayangi yang disayangi
sepenuhnya. Sejujurnya.
Dan mereka inilah
lelaki sejati.